Monday, 9 March 2015

Hidup tak seindah mimpo


Salam..
Hari ini aku tolong seorang kawan aku yang pengsan waktu kitorg baru lepas pergi makan.  Sebelum ni aku ada beberapa kawan yang selalu pengsan.  Senjak dari zaman matrik lagi. Apa yang aku cuba nak sampaikan bukan lah berniat untuk menunjuk nunjuk cuma aku cuba perhatikan kejadian tadi dalam segi pespektif yg berbeza. Apa yang aku lihat tadi bagaimana seorang itu seolah olah dah give up dengan apa yang dia alami.  Aku dapat rasa,  bukan nya dia tak nak terima takdir yang ALLAH swt beri pada nya cuma dia tak sanggup dan tak nak menyusahkan rakan rakan sekeliling dia.  Nampak benda tuh jelas dari riak wajah dia.  Dia beruntung sebab dikurniakan sahabat yang sebaik kawan kawan nya.. ( tak termasuk aku lah) Dan waktu itu kami menelefon kekasih kawan kami yang pengsan tu..  dan ketika itu jugak aku terfikir. Selepas melihat keadaan kekasihnya dalam keadaan bergitu. Masih mahu ke dia menemani kakasihnya itu seumur hidup dia?  Atau dia akan  rasa terbeban?  Semua bergantung pada niat nya. 

No comments:

Post a Comment